
Siti Saleha
HARI berganti hari, minggu berganti minggu. Aku menjalani kehidupanku seperti biasa. Masih menjalani praktikal di hospital yang sama. tiada apa yang menarik yang berlaku pada diriku buat beberapa ketika ini. Faqqih dan Fizrul seakan menyepikan diri. Aku pula tidak banyak bertanya. Ironinya, mereka berdua seakan sudah berjanji untuk melancarkan perang dingin terhadapku. Ah, tapi biarlah.
“Sal dapat cuti seminggu. Mula cuti lusa. Sal ingat nak balik kampung.. Nak lepaskan tension.” Aku menyuarakan hasrat hatiku kepada Kak Long saat Kak Long sedang khusyuk menonton drama Korea yang bertajuk Yuhee The Witch.
Bagiku, drama dari Korea memang banyak yang berkualiti, tetapi ada juga sesetengah karyawan di Malaysia, sama ada penulis skrip atau novelis yang menciplak idea asal drama dari Korea itu. Ketandusan idea untuk mengarang cerita? Mungkin juga.
“Eh, boleh pulak Sal cuti? Bukan kerja-kerja kat hospital tu banyak ke?” Kak Long mengerutkan dahinya, hairan. Aku tidak menjawab pertanyaan Kak Long, sebaliknya aku hanya sepi tanpa kata.
“Kak Long nak ikut Sal tak?” Aku terus bertanya pada Kak Long, Kak Long terdiam sejenak. Mungkin sedang berfikir. Aku membiarkan keadaan Kak Long buat beberapa ketika. Biarlah Kak Long membuat keputusan.
Kak Long memegang dagunya seraya tersenyum kelat. “Kalau ikutkan hati Kak Long, memang Kak Long nak balik sekali. Tak acilah Sal dapat cuti, tapi Kak Long kena kerja..” Rungut Kak Long, tidak berpuas hati. Aku ketawa lepas.
“Nak buat macam mana, Kak Longkan guru cemerlang.. So kenalah struggle kerja betul-betul untuk kekalkan gelaran tu..” Aku tertawa lagi. Kak Long menarik muncung sedepa.
“Kak Long nak jugak rehat lama-lama dekat kampung. Pak Cik Nathan dekat kampung tu dah tunggu Kak Long untuk packing ikan kering dekat rumah dia..” Ujar Kak Long lagi. Aku menahan gelak. Apalah Kak Long ini, setakat kerja membungkus ikan kering di kampung pun sudah menjadi satu masalah yang serius baginya.
“Bulan 12 nanti Kak Long dapat cuti lagi lama dari Sal okey..” Aku mengingatkannya. Kak Long tersenyum-senyum.
“Harap-harap tahun ni tak ada jaga peperiksaan..” Kak Long memohon doa. Aku ketawa lagi. Ada-ada sahajalah Kak Long ini.
“Kalau ada tu, pasrah ajelah Kak oi..” Aku mengusik Kak Long lagi.
“Erm, Sal tak beritahu Kak Long lagi macam mana Sal boleh dapat cuti...” Aku mengulum bibir saat Kak Long bertanya.
“Sal sendiri tak tahu. Memang semua yang praktikal dapat cuti. Jangan tanya Sal kenapa. Kalau boleh Sal memang nak habis cepat-cepat buat praktikal kat sana..” Keluhku. Kak Long sekadar mengangguk. Aku bangun dari tempat dudukku, lantas melangkah ke tingkat atas.
“Nak pergi mana?”
“Naik ataslah.. Mana lagi. Sal nak bersiap kejap, Zarul nak ajak Sal keluar..” Beritahuku, ringkas. Kak Long mengerutkan dahinya, perlahan-lahan Kak Long mengukir senyuman di bibir. Aku yang mulai mengerti dengan senyuman nakal Kak Long itu pantas menepis sangkaan yang bakal wujud di dalam minda Kak Long itu.
“Eh, Kak Long jangan fikir lain eh.. Sal dengan Zarul cuma kawan.. Tak lebih dari tu..” Jelasku lagi, buat pengetahuan Kak Long sahaja!
“Ya ke kawan? Selalu betul Kak Long tengok Sal dengan Zarul tu keluar.. Macam ada udang di sebalik batu aje..” Kak Long masih tidak percaya.
“Biasalah Kak, kan rakan sekerja. Mestilah kena sentiasa keluar untuk bincang..” Aku memberi alasan yang tidak logik kepada Kak Long.
“Jangan nak beri Kak Long alasan sangatlah Sal.. Kak Long dah makan garam dulu dari Sal..” Itulah kata-kata yang sering aku dengar dari bibir Kak Long jika aku menyembunyikan sesuatu perkara darinya. Aku mencebik.
“Tak percaya sudah..”
“Kalau Sal dengan Zarul tu memang ada hubungan, suruhlah Zarul tu jumpa abah dengan emak..” Kak Long sempat berpesan lagi sebelum aku menghilang di tangga. Aku sekadar mengangguk sahaja.
****
AKU menatap wajahku di hadapan cermin. Sudah sepuluh minit aku berbuat begini. Apa sebenarnya yang sedang aku lakukan di hadapan cermin? Aku menyoal diriku sendiri.
‘Kau rindu pada Faqqih?’ Suara hatiku cuba membuat kesimpulan. Aku menepis sangkaan itu. Aku langsung tidak merindui lelaki itu. erm, mungkin juga ya. Tetapi pedulikan sahajalah. Dia sendiri tidak mengingati aku, mengapa aku perlu mengingatinya pula?
Aku sudah siap berkemas dan aku segera mencapai haruman Midnight Fantasy yang kubeli pada minggu lepas, lantas aku menyembur sedikit haruman itu pada baju yang dipakaiku. Baunya memang harum.
Aku membuka komputer ribaku, masih ada lebih kurang setengah jam lagi sebelum Zarul mengambilku di rumah. sudah puas aku menegahnya dari mengambilku, tetapi aku tiada pilihan apabila dia terus mendesakku untuk menaiki keretanya. Dia tidak mahu aku membazir minyak kereta, itu alasan yang dikemukakannya. Ah, biarkanlah dia.
Setelah membuka komputer ribaku, aku menyemak akaun Facebookku yang telah lama terbiar begitu sahaja. Masa tidak mengizinkan aku untuk terus mengemaskini akaun tersebut. Jadi akaun Facebook itu hanya mampu aku buka sewaktu aku bercuti atau pada waktu senggangku.
Aku membuka peti masuk mesejku. Terdapat mesej dari seseorang. Dari Fizrul Izqal? Dari mana pula dia tahu akaun Facebookku? Sebelum aku terlupa, anak lelaki Fizrul telah keluar dari hospital itu pada dua minggu lepas. Apa yang menghairankan, sejak peristiwa Fizrul menghantarku pulang ke rumah, dia terus tidak kelihatan di hospital.
Dan orang yang hadir di hospital tersebut hanyalah kakaknya, Adriana. Aku sendiri hairan mengapa dia bersikap sedemikian. Marahkah dia padaku? Aku tidak pula bertanya kepada kakak Fizrul itu mengapa dia tidak datang ke hospital, tetapi aku bimbang Adriana memandang serong kepadaku.
Sekarang ini Fizrul menghantar mesej kepadaku pula? Apa sebenarna yang berlaku pada lelaki ini? Aku mulai berasa keliru. Baru sahaja sehari berbaik dengannya, dia sudah menghindar jauh dariku.
Assalamualaikum Saleha, sorry sebab tak dapat nak jumpa awak di hospital. Saya terpaksa ke US untuk selesaikan beberapa tugasan. Jadi, saya harap awak okeylah dengan kakak saya ya.. Be nice with her. Insya-Allah dia berkenan dengan awak untuk jadi adik ipar dia. Just joking.. Hehehe..
Aku tersenyum sendiri tatkala membaca mesej yang dikirimkan oleh Fizrul kepadaku. Oh, patutlah dia tidak datang ke hospital. Sudah terjawab segala kemusykilan tentang lelaki itu. Aku tidak sempat untuk membalas mesejnya itu kerana Kak Long sudah memanggilku di bawah. Aku segera menutup komputer ribaku dan bergegas ke tingkat bawah.
****
“SAL punya calon suami dah datang tu..” Bisik Kak Long padaku sambil melirikkan matanya ke arah Zarul yang sedang duduk di ruang tamu. Aku mengerling sekilas ke arah Zarul yang segak mengenakan baju Padini berwarna merah jambu serta seluar jeans berwarna hitam.
“Mengarutlah Kak Long..” Marahku. Kak Long tergelak. Aku menghampiri Zarul yang sedang khusyuk mendengar iPod itu. matanya terpejam rapat. Aku berdehem. Masih tiada respons darinya. Aku memukul bahunya dengan kuat. Dia tersentak lantas menggosok-gosok bahunya.
“Sakitnya.. Tak boleh panggil aku ke? Ganaslah kau ni..” Rungut Zarul lagi. Aku ketawa, lantas duduk di sebelahnya.
“Aku panggil tapi kau tak dengar. Itulah, khusyuk sangat dengar lagu. Teruklah kau ni, kalau rumah terbakar pun, mesti kau tak sedar..” Bebelku padanya. Zarul mengajuk kata-kataku dengan membuat memek muka sekali. Aku mengancing gigi. Geram dengan kelakuannya itu.
“Kau kalau sehari tak bebel kat aku tak boleh ke? Kenapa ada aje yang tak kena pada aku?” Dengus Zarul. Aku ingin mencubit lengannya, tetapi dia sempat mengelak.
“Kau jangan nak batalkan air sembahyang aku..” Zarul tersenyum mengejek. Aku mencebik.
“Eleh.. Aku pun tak ingin nak sentuh kaulah.. Perasan..” Aku membalas kata-katanya. Kak Long tiba dari dapur dengan menatang dulang yang berisi air minuman.
“Ish bergaduh sakan nampak? Kak Long kahwinkan jugak korang dua orang ni..” Sampuk Kak Long pula. Zarul sudah tersenyum-senyum seperti kerang busuk. Menyampah aku jadinya!
“Dia manalah nak dengan saya Kak Long.. Taste dia tu tinggi.. Saya ni manalah dia nak pandang..” Zarul bersuara, kedengaran sarkastik.
“Kau jangan nak poyolah Zarul.. Aku rasa kau tu dah ada girlfriendkan?”
“Mana ada Sal.. Kau aje girlfriend aku. dulu, kini dan selamanya..” Zarul menjawab, pantas. Kak Long sekadar menggelengkan kepalanya sahaja. Mungkin letih melayan ulahku dan juga Zarul.
Aku akui, di dalam sehari memang aku sering bertengkar dengan Zarul. Tetapi tidaklah sampai bermasam muka. Mungkin ada, tetapi tidak sampai sehari sahaja. Orang yang paling banyak mengalah ialah Zarul. Aku sendiri tidak tahu kenapa dia masih mahu berkawan denganku walaupun aku sering bertelagah pendapat dengannya. Sama ada di tempat kerja ataupun di luar tempat kerja. Pemikiran kami tidak selari.
“Kantoi dah Sal.. Tadi tak mengaku dengan Kak Long. Kan Zarul dah confess tu..” Usik Kak Long lagi.
“Si Zarul ni memang nak kena dengan Sal kak.. Zarul, aku nak tanya kau sikit ni..” Aku membuat wajah serius. Zarul mengerutkan dahinya.
“Apa dia?” Soal Zarul.
“Bila kali terakhir kau kena lempang?” Aku bertanya kepadanya. Kak Long tergelak besar. Zarul pun begitu juga.
“Aku fikir kau nak tanya, bila kali terakhir aku jatuh cinta..” Ujar Zarul pula.
“Eii, tolonglah jangan nak jiwang sangat kat sini. Geli aku..” Ulasku.
“Yalah.. Eh, dah lewat ni. Jomlah..” Zarul memandang jam di tangannya. Kak Long melarang aku dan Zarul untuk pergi sebelum aku dan Zarul menghabiskan minuman yang dibuatnya. Mahu atau tidak mahu, terpaksalah aku dan Zarul menghabiskan minuman terlebih dahulu sebelum keluar dari rumah!
****
“KALAU aku tanya kau satu soalan, kau jangan salah anggap dengan aku eh?” Aku memulaikan bicara saat kami berdua memasuki kereta. Zarul memandangku dengan riak wajah yang pelik. Lambat-lambat dia mengangguk.
“Apa dia?” Dia pantas bertanya. Seketika kemudian dia memberi fokus dan tumpuan kepada jalanraya. Aku berasa serba salah untuk bertanya. Aku bimbang Zarul berkecil hati dengan soalanku ini. Perlukah aku bertanya kepadanya?
“Erm.. Kau ni memang nak jadi bujang terlajak ke?” Akhirnya soalan itu terlepas jua dari bibirku. Zarul ketawa mendengar soalanku. Aku menarik nafas lega. Mujurlah Zarul tidak memarahiku kerana bertanya kepadanya soalan sebegitu rupa.
Sangkaanku meleset apabila riak wajah Zarul langsung berubah saat tawanya reda. Aku mulai rasa berdebar. Adakah Zarul akan menengkingku? Atau lebih teruk, dia akan memaki hamunku? Aku mulai rasa tidak keruan. Perasaan tenang sebentar tadi hanya hadir buat seketika sahaja. Sekejap sahaja perasaan tenang itu menghilang.
“Kau marah ke?” Lambat-lambat aku bertanyanya. Zarul menggeleng, tetapi berdasarkan riak wajahnya, aku sudah dapat mengagak bahawa Zarul sedang menahan api kemarahan di dalam dadanya. Adakah aku ini terlalu ‘jujur’ dalam memberi soalan kepadanya?
“Aku tak ada hak nak marah.. Memang betul apa yang kau cakap tu.. Aku memang layak digelar bujang terlajak..” Suaranya mendatar. Aku terkedu. Zarul ni tersalah tafsir pada kata-kata aku ataupun apa? Aku menggumam sendiri.
“Tak Zarul.. Aku tak kata kau layak digelar macam tu. Maksud aku.. Kenapa sampai sekarang kau tak kahwin lagi?” Zarul mencebik.
“Tanya aku soalan tu, macamlah kau tu dah kahwin.” Sindirnya pula. Wajahku merah padam. Nampaknya aku sudah terjerat pada soalanku sendiri.
“Belum sampai seru..” Jawabku, ringkas.
“Kalau macam tu.. Aku pun sama.. Saleha, Saleha.. Kau dengan aku bukannya jauh sangat perbezaan umur. Kalau aku kena panggil bujang terlajak sekarang, jadi kau tu apa? Anak dara tua?” Spontan dia ketawa. Aku mengancing gigi. Balik-balik aku yang terkena! Aku berasa geram!
“Aku nak kahwin esok pun boleh tau!” Selamba aku menjawab. Zarul mengangkat sebelah keningnya.
“Apa kau ingat kahwin tu macam main pondok-pondok?” Bidasnya.
Aku terdiam. Jangankan kata hendak berkahwin, calon suami pun aku tiada buat masa sekarang ini. Apatah lagi teman lelaki.
“Itulah Saleha. Kau tu memilih sangat.. Kalau kau tak buta hati, ada aje yang sedia jadi suami kau..” Zarul bersuara, datar. Aku memandangnya. Sekilas dia tersenyum meleret. Aku mendengus. Apa makna senyumannya itu? Sinikal sungguh!
“Kenapa tiba-tiba topik pasal aku pula ni? Bukan tadi aku cakap pasal kau ke?” Aku tidak berpuas hati dengan ‘lencongan’ topik ini! Zarul menjungkit bahu.
“Kau yang mulakan.. Aku follow ajelah.. Macam rancangan Salleh Yaacob tu.. I follow...” Dia ketawa lagi.
“Follow trademark dia tak apalah. Jangan kau follow dia kahwin empat.. Menangis isteri kau nanti..” Usikku pula.
“Kau tak sanggup dimadukan ke? Maksudnya kau betul-betul sayang dekat akulah kan..” Zarul tergelak dengan kenyataannya sendiri. Aku memaparkan memek wajah menyampah.
“Tolonglah.. Aku tak sanggup jadi isteri kau. Tahu tak?” Mataku mencerun memandangnya.
“Sekarang bolehlah kau cakap macam tu.. Nanti lama-lama, kau akan jatuh hati dan sayang pada aku.. Percayalah wahai Siti Saleha..” Dia mengenyitkan sebelah matanya kepada aku. Aku berpura-pura loya.
“Berhenti dekat stesen minyak sekejap. Aku nak muntah.” Pintaku. Dan Zarul tidak henti-henti ketawa selepas mengusikku. Aku mengetap bibir. Nasib baiklah aku naik kereta kau sekarang ni, kalau tak.. Dah lama aku balik rumah! Aku membebel sendiri.
****
AKU baru sahaja menerima panggilan dari adik lelakiku, Fir. Dia menuntut hadiah dariku kerana dia berjaya memperoleh 9A+ untuk peperiksaan percubaan SPM-nya. Aku tiada pilihan selain mengotakan janjiku walaupun gred yang diperolehinya itu sekadar di peperiksaan percubaan.
Siapa tahu, jika aku memberinya hadiah, dia akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk peperiksaannya yang sebenar? Sedikit sebanyak dapatlah menjadi pembakar semangat buatnya. Ibu bapaku bukanlah orang yang senang, jadi adik-adikku sekadar bergantung harap kepadaku dan juga Kak Long. Jadi apalah salahnya jika aku memberikan adik lelakiku hadiah bukan?
Aku memandang kawasan di dalam pusat beli-belah itu, mencari-cari hadiah yang sesuai. Air minuman yang berada di tanganku tidak disentuh sejak dari tadi. Zarul pula lebih banyak mendiamkan diri dari berkata-kata.
“Kau dah nak balik ke Sal?” Soal Zarul, prihatin. Aku menggeleng.
“Belum lagi. aku nak cari hadiah untuk adik aku.. Lusakan aku balik kampung..” Beritahuku, tanpa cuba berselindung. Zarul mengerutkan dahinya. Sekali pandang, wajahnya ada iras-iras Piolo Pascual, pelakon Filipina yang digilai ramai itu.
Zarul menghela nafas berat. “Kau confirm balik kampung cuti ni?” Soalnya lagi. Aku segera mengangguk. Waktu cuti begini sajalah aku boleh meluangkan masa bersama-sama dengan orang tuaku yang berada di kampung. Bila lagi aku hendak berbuat begitu?
Mujur sahaja aku perlu membuat praktikal di negeri yang sama, dan tidak perlulah aku bersusah payah. Jika tidak, pasti aku perlu menyewa rumah ataupun duduk bersama-sama dengan rakan-rakanku yang lain, berulang alik ke kampung. Leceh!
“Mestilah.. Kenapa? Kau tak ada plan ke cuti ni?” Sebelum menerima keputusan sama ada aku dan beberapa orang doktor yang lain layak bertugas sebagai doktor kanak-kanak, kami diberikan cuti selama seminggu terlebih dahulu. Aku sendiri tidak tahu mengapa, aku malas mempersoalkannya. Waktu-waktu seperti inilah yang aku nantikan sejak dahulu lagi. jika dahulu, waktu kuliahku sangat padat sehingga kadang kala aku tidak berkesempatan untuk makan!
“Ada.. Aku ingat nak meminang kau..” Serius sahaja Zarul berkata. Aku menjegilkan mataku. Si Zarul ni memang nak makan penampar free ke? Getusku di dalam hati. Zarul tersengih memandang cemberut wajahku. Masam mencuka!
“Aku gurau sikit kau nak emo.. Kalau orang lain tu, tak pernah kau nak marah..” Keluh Zarul, meluahkan rasa kesalnya. Aku mencebik, setahuku layananku kepada lelaki lain yang berada di hospital itu sama sahaja. Tidak kurang dan tidak lebih.
“Kau gurau lebih sangat.. Aku bagi penumbuk baru tahu..” Zarul ketawa mendengar kata-kataku.
“Tumbukan kau tu tak ada kesan pada bahu aku yang sasa ni..” Ujar Zarul pula. Aku berpura-pura mual.
“Gagahlah sangat..”
“Kalau nak tahu sama ada aku gagah ke tidak, kahwinlah dengan aku... You’ll know then..” Zarul mengenyit sebelah matanya.
Spontan aku memukul bahu Zarul dengan kuat. Zarul ketawa galak, sehingga membuatkan orang ramai yang berada di pusat beli-belah itu memandangnya dengan riak yang pelik. Aku mengancing gigi.
“Kau ni tak senonohlah Zarul..” Marahku. Zarul berpura-pura selamba.
“Apa yang tak senonohnya? Aku cakap lain.. Kau yang fikir lain.. Siapa yang tak senonoh sekarang ni?” Dia mengangkat sebelah keningnya. Aku mencuba untuk memukul bahunya lagi, tetapi Zarul pandai mengelak.
“Menyampahlah aku dengan kau ni..” Dengusku, lantas mengatur langkah ke premis Machine. Kulihat ada beberapa orang pengunjung sedang mencuba iPad 2 yang baru sahaja menjengah pasaran itu. Aku mulai terlintas untuk memberikan iPad 2 ini kepada Fir. Sesuaikah?
Sedang aku mencuba-cuba iPad yang dipamerkan di kedai itu, aku terlihat kelibat seseorang yang sudah lama aku nantikan kehadirannya! Apa yang dia buat disini? Sudah lama dia menghilangkan diri, sekarang dia muncul kembali?
Eh.. Nanti dulu, siapa wanita yang berada di sebelahnya itu? Mereka saling bersuap makanan. Aku memandang ke belakang, cuba menyembunyikan diriku dari terlihat olehnya. Adakah aku tersalah lihat atau aku sekadar berhalusinasi?
“Saleha.. Kenapa kau pusing sana?” Tegur Zarul.
“Tak ada apa-apa. Aku nak belikan iPad ni untuk adik aku. Aku nak masuk kereta dulu. Kau tolong bayarkan untuk aku, ni kad kredit.” Aku menghulurkan kad kreditku kepada Zarul, tetapi Zarul pantas menolak.
“Tak apa. Aku pakai duit aku dulu.. Kau pergi masuk kereta dulu.. Ya sayang?” Ujar Zarul, perlahan.
Aku memukul bahunya buat kali yang ketiga. Aku tiada pilihan sewaktu Zarul berkata begitu, kalau boleh aku mahu cepat-cepat beredar dari sini. Sebetulnya, aku tidak suka menggunakan duit orang lain untuk membeli sesuatu barang, tetapi ini terpaksa!
“Saleha, ni kunci kereta..” Zarul menyerahkan kunci keretanya kepadaku, aku berjalan pantas menuju ke tempat letak kereta. Sebelum berlalu pergi, aku sempat mengerling sekilas ke arah merpati dua sejoli yang begitu asyik bersuapan aiskrim Baskin Robbin.
Aku tidak pasti dengan emosiku ketika ini. Marah? Untuk apa? Geram? Tiada sebab. Mungkin ini balasan untukku? Ah, mana mungkin. Persetankan itu semua, lebih baik aku menenangkan diriku di dalam kereta terlebih dahulu! Biarkan dia dan wanita itu memadu kasih.. Ada aku kisah?
No one can promise they'll never hurt you, because at one time or another they will. The real promise is if the time you spent together will be worth the pain in the end.
18 comments:
aduhh! Zarul pulak! hari tu Fizrul, Faqqih ke yg Saleha nmpak tu? crite ni makin lame makin sapen lah, :)
wuhuuuu... dh mula konflik ni.
eh tak suka zarul suka faqqih -_- tapi kalau faqqih dah ada orang lain, siap sedia la dia nak kena makan penampor sulung ni ha. and zarul, please lah cari orang lain. nak jugak kat si saleha tu. masalah betul -_-
btw, best! keep it up! tak sabar tunggu next entry :D
cter ni makin lama makin suspen.
lps satu, satu kes terseremapak.
xcited nk bce setiap bab baru.
pape pon, sgt mnarik dan bestt!!
gud job encik wazrul !! :))
another one..
mana faqqih??
Faqqih... chapter by chapter semakin tenggelam ye? :)
nice! tak suka zarul. -_______- OH FAQQIH, WHERE ARE YOU?! banyak yang saya tak tau erti die! HAHAH.
and last, piolo pascual, ORANG RUMAH TU! hahahah :P at last, ada jugak nama die ye~ ok!
zarul ni gegeyh btul ha ha
laaa knpe las2 dia sedih nih ? suspenn33 ~~
faqqih ada yg lain ker >__<
Haa... faqqih! kenapa dikau mengecewakanku? Sobs..sobs..
eh , asal kak long suka kat zarul pulak ?
adohh , tak mau tak mau ! nak saleha degn faqqih jeh , ,
tpi , faqqih dgn sape plak tu ? hurm , , , confuse seyh , HAHA , good job Shah , next !
Tak caye Faqqih tuu ada yg lain ..
org kenal faqihh tuuu (belagak mcm kenal) ...dia xkn wt saleha gtuu ..
Sje aje abg penulis ni nk wt msa2 suspen ..
commnt : Zarul xley ada di antara saleha dn faqqih .. Goodjob sygg .. Entry yg mnrik and NEXT!
hrp Faqqih bkn Shark ..
okey good..biar saleha dgn zarull haha i like LOL..terbaik..two thumbs up! good job babe!!
yupp..sal dgn zarul pun okey jgk ape...doktor sama doktor...sesuai sngt..like it..best <3
faqqih ke.....
apa yg berlaku sebenarnya...
saleha sila tenangkan diri anda ye...
Salam..mcm ni baru agak menarik.. setiap bab lain2 citernya..tak crowded sangat ngan watak2. akak suka..more details..lebih dpt kenal watak2 yg terlibat..good2..tp mcm kurang sikit dik..nape tak diselitkan ngan hadis2 or sunnah2 or ilmu yg brmanfaat like what u do b4...
U have a lots of fan, so y not u guide them to the right path. ingat peminat ni selalu ikut apa yg disarankan oleh org yg diminatinya.. my opi je... akakpun byk belajar dr novel yg akak bc.
But still akak support Wazrul 4 sure as long as u at the right track..
Wassalam.
Kak Rose
aishh...saspen btol nie...saper ekk saleha nmpk tu???hurmmmm
faqqih la tu..
Salam... Best citer ni... Saya jg sependapat dgn Kak Ross..
Y not u msk kan unsur2 islamiah dlm novel ni as u did b4 dlm karya2 u.
Papepun u did a good job... Bila nak smbg citer ni...? Dah lm stop..
Kitaorg akan terus menyokong karya2 u Wazrul Shah...
Chaiyok... Chaiyok... Wazrul...
Thumbs up....
Nuriesyazura
Post a Comment
Komen anda amat bermakna buat saya untuk meneruskan penulisan. :D